This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sunday, 13 July 2014

Sedekah Bagi Pihak Si Mati

Oleh:
DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .

TIDAK ada khilaf dan pertikaian di kalangan ulama sebagaimana dinukilkan oleh Imam Ibnu Abdil Barr, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyah dan Imam Ibnu Qayyim bahawa sedekah orang yang hidup bagi pihak si mati memberi manfaat kepada si mati.

Antara dalilnya ialah hadis riwayat Imam Bukhari dan Abu Dawud daripada Sahabat Nabi SAW bernama Ibnu Abbas radiyallahu 'anhuma bahawa Sa'ad bin 'Ubadah radiyallahu 'anhu (1) bertanya kepada Nabi SAW;

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي تُوُفِّيَتْ وَأَنَا غَائِبٌ عَنْهَا فَهَلْ يَنْفَعُهَا شَيْءٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ بِهِ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ قَالَ فَإِنِّي أُشْهِدُكَ أَنَّ حَائِطِيَ الْمِخْرَافَ صَدَقَةٌ عَلَيْهَا

Maksudnya: "Wahai Rasulullah SAW, Ibu saya telah mati ketika ketiadaan saya. Adakah memberi manfaat kepadanya sekiranya saya bersedekah sesuatu bagi pihak ibu saya?" Nabi mengiyakan.
Kata Sa'ad; Justeru, saya bersaksikan kamu wahai Rasulullah SAW bahawa kebun kurma saya menjadi sedekah atas pihak ibu saya".

(1) Sa' bin 'Ubaadah adalah pimpinan suku Khazraj di Yathrib dan meninggal di bumi Syam tahun ke 15 H.

Imam Muslim pula meriwayatkan daripada Aisyah radiyallahu 'anha:

أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ أُمِّي افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَلَمْ تُوصِ ، وَأَنَا أَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ لَتَصَدَّقَتْ ، فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إِنْ أَتَصَدََّق ُ
عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ " .

Maksudnya: "Seorang lelaki datang bertemu Nabi SAW dan berkata; wahai Rasulullah SAW, ibu saya telah meninggal secara mengejut sedangkan beliau tidak memberi sebarang wasiat. Saya rasa sekiranya dia boleh bercakap pasti dia bersedekah. Adakah beliau mendapat pahala sekiranya saya bersedekah bagi pihaknya? Baginda menjawab; "ya".

Amalan ini juga disokong oleh Hadis Sahih riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah radiyallahu 'anhu bahawa Nabi SAW bersabda

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلاثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: "Apabila mati seorang manusia terputuslah amalannya melainkan 3 iaitu sedekah jariyah atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang soleh yang sentiasa berdoa bagi dirinya."

Hadis diriwayatkan juga oleh Imam Tirmizi, Imam Abu Dawud, Imam Ibnu Majah, Imam Ahmad dan Ibnu Khuzaimah.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Hurairah radiyallahu 'anhu bahawa seorang lelaki berkata kepada baginda SAW;

إِنَّ أَبِي مَاتَ وَتَرَكَ مَالًا وَلَمْ يُوصِ فَهَلْ يُكَفِّرُ عَنْهُ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهُ ؟ قَالَ : نَعَمْ ٍ

Maksudnya: "Bapa saya telah meninggal dunia dan meninggalkan harta sedangkan dia tidak membuat sebarang wasiat. Adakah menjadi satu kaffarah bagi dosanya sedekah saya bagi pihaknya? Baginda SAW mengiyakan.

Menurut Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim, hadis di atas mengandungi dalil keharusan dan galakan sunat bersedekah bagi pihak si mati dan pahalanya sampai dan memberi manfaat kepadanya di samping juga memberi manfaat pahala kepada orang yang bersedekah itu sendiri. Hukum ini telah disepakati oleh umat Islam.

Hadis-hadis ini menggambarkan hasrat tinggi anak-anak untuk melakukan kebajikan yang memberi manfaat kepada ibu bapa mereka yang telah meninggalkan dunia ini. Peluang mereka yang telah mati untuk beramal telah berakhir. Tinggal lagi anak-anak dan zuriat yang mempunyai kesedaran untuk memanjangkan pahala mereka dengan bersedekah.

Cukuplah ibu bapa berbakti menggembeleng tenaga dan harta di saat kita kecil lalu apakah pula kebaktian kita buat mereka melibatkan harta yang kita miliki hasil daripada usaha gigih mereka membesarkan kita?

Bersedekah bagi si mati menjadi satu amalan kebajikan si anak kepada ibu dan bapa yang telah pergi selain daripada doa yang berterusan. Ia termasuk di bawah umum gesaan Allah Taala dalam firman-Nya

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ

Maksudnya: "dan perhambakanlah diri kamu kepada Allah dan jangan mensyirikkan dengan-Nya  sesuatu dan dengan kedua ibu-bapa hendaklah dilakukan ihsan kebajikan." Surah al-Nisa ayat 36.

Hari ini begitu ramai anak-anak yang mewarisi harta benda seperti tanah dan wang tunai daripada ibu bapa mereka yang telah kembali ke rahmatullah hanya ghairah berebut dan mengagihkannya sesama pewaris dan dimanfaatkan untuk peribadi kehidupan dunia mereka. Apatah lagi sekiranya para pewaris sendiri tidak terlalu berhajat kepada harta warisan lalu dibiarkan beku tanpa dimanfaatkan.

Tidakkah mereka terfikir sekiranya sebahagian warisan itu disedekahkan dan diwakafkan bagi pihak ibu bapa mereka ia akan menjadi pahala yang panjang buat mereka yang telah pergi dan menjadi satu kebaktian anak-anak kepada ibu-bapa mereka.

Marilah kita menghidupkan sunnah ini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang dijanjikan gandaan pahala ini.

Sumber: HD

Friday, 4 July 2014

Kenali Produk Dari Israel


Cara mengenali produk buatan Israel.


Boikot_Israel_Barcode


Tulisan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin di akaun Facebook beliau.

“Orang yang menyatakan boikot produk Israel itu satu kebodohan dialah yang bodoh dan menjadi jurucakap Netanyahu.”

“Para pembela zionist termasuk yang ada di Malaysia ini gagal membeza antara ‘memboikot product Israel dan yang menyumbang kepada Israel’ dengan product orang yahudi. Kita tidak anti setiap individu yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya.”

Oleh itu bagaimana untuk kita mengenali produk keluaran Israel, Yahudi laknatullah tersebut. Rahsianya boleh diketahui melalui kodbar yang terdapat pada sesuatu produk. Tiga digit pertama kodbar yang terdapat pada sesuatu produk adalah merujuk kepada tempat produk/company didaftarkan.
 
Kalau produk didaftarkan di Malaysia, 3 gigit pertama kodbar ialah 955 seperti keratan di bawah.

Codebar_Malaysia

Sekiranya ia produk Israel atau didaftar di Israel, kodbarnya ialah 729.

Codebar_Israel

Sekiranya merasa sedikit bertanggungjawab untuk secebis sumbangan untuk kesengsaraan rakyat Palestin yang dilakukan Israel seperti disaran Dr Asri, belek-beleklah kodbar tersebut dan ingat dengan nombor 729, ingat juga, walau sebesar zahrah sumbangan yang diberikan tetap dikira-Nya.

Rujukan tentang kodbar tersebut boleh dibuat di www.gs1.org/barcodes/support/prefix_list

Sumber: ekeleh.com

Friday, 27 June 2014

Peninju Wanita Jepun Chika Nakamura Memeluk Islam


Hidayah adalah anugerah yang datang tanpa disangka-sangka. Hal ini dirasakan oleh Chika Nakamura, seorang peninju wanita yang berasal dari negeri sakura. Chika lahir dan dibesarkan di Jepun. Masa kecilnya sangat membahagiakan dan diasuh oleh orang tuanya yang sangat disiplin.
 

Beliau belajar di sekolah yang baik, mengikuti kegiatan ekskul, bermain dengan teman-teman; bermain bola dan plastisin (playdough). Ia adalah tipikal anak Jepun yang sangat dimanjakan secara material. “Namun ada sesuatu yang hilang ketika itu, yakni komunikasi antara anak dengan orang tua dalam keluarga,” ungkapnya. Padahal, dia telah mengharungi masa kecil yang gembira kerana dipenuhi segala keperluannya.

Pun ketika melewati usia remaja, Chika bersekolah di sekolah yang terkenal Tetapi dia tetap merasa ada yang hilang, iaitu keinginannya. “Saya tidak tahu apa yang hilang ketika itu,” hatinya bertanya-tanya. Ketika berusia 16 tahun, Chika meninggalkan rumah, pergi merantau ke kota London. Dia mencuba hidup sendiri, mencari nafkah; untuk makan, membayar bil-bil dan yuran sekolah bahasa Inggeris. Perasaannya begitu tertekan. Semuanya baru; orang baru, lingkungan baru, bahasa baru. Dia berasa begitu bersemangat. Namun demikian, dia mengakui “hidup di London terlalu sukar dan mahal, maka saya putuskan untuk kembali ke Jepun dua tahun kemudian.” Ketika berjumpa dengan Chika, orang tuanya terkejut.



Caranya berpakaian telah berubah. Dia sangat kebarat-baratan. Pakaiannya ketat dan memakai rok mini. Kerana merasa tidak selesa tinggal di pinggiran kota, dia seterusnya berpindah lagi ke Tokyo selama dua tahun. Tokyo adalah kota besar yang sangat materialistik. Segalanya serba canggih. Di sana, Chika berjumpa dengan seorang teman wanita yang mengajarnya memandu motor.
 

Ketika itulah, dia merasa menjadi wanita bebas. Di atas motor, dia melihat sebuah billboard. Di bawah lampu merah itu ada gambar wanita peninju. Sejak itu dia berfikir, “Aha, inilah keinginanku!” Chika bertekad menjadi peninju. Saat itu tahun 1999. Dia berhijrah ke Amerika demi mengejar impian sebagai seorang peninju profesional. Pada tahun 2001 dan 2002, dia menjadi satu-satunya wanita peninju yang berasal dari Jepun memenangi pelbagai kejuaraan tinju bertaraf dunia. Sayangnya, ternyata Chika tetap mengeluh, “Saya telah banyak berkorban; meninggalkan orang tua, keluarga, kampung halaman, teman, dan banyak lagi. Sementara, hidup di Amerika juga sukar kerana saya serba kekurangan.

Saya merasakan penderitaan fizikal dan mental.” Hidayah di balik musibah. Suatu hari Chika telah tercedera. Menurut doktor, kecederaannya sangat serius. Doktor menasihatkannya agar beralih kepada profesion lain. Sebagai atlet, kecederaan adalah hal yang menakutkan. Ia terancam kehilangan mimpinya sebagai peninju wanita profesional. Chika merasakan ketakutan dan tersedar bahawa usianya semakin pendek. Tetapi dia berkeras untuk bertahan dan harus kembali. Lalu dia mengikuti proses pemulihan dan kembali ke ring. Secara emosional Chika merasa gelisah. “Saya bertanya-tanya apakah tujuan hidup ini. Saat itu kali pertama hidup saya merasa terhenti sejenak.

Saya tidak dapat berlari, tidak boleh berjalan, tiada keluarga, dan tidak mempunyai tujuan hidup.” Dia mengenang kembali apa yang telah dialami. Mengapa harus meninggalkan Jepun? Mengapa mahu menjadi peninju wanita profesional? Chika bangkit kembali dan mengaku dibisik hawa nafsu bahawa, “Inilah tujuan hidupku. Keinginanku adalah tinju.

Segalanya telah ku korbankan demi bertinju. Aku mampu bertahan demi karier sebagai peninju wanita. Aku harus membantu orang lain dengan berkongsi pengalaman tentang perjalanan hidupku menuju profesion sebagai peninju.” Seolah-olah, Chika menemui sebuah pola hidup manusia, bahawa hidup ini pasti mendapati masalah, lalu berjaya mengharunginya, lalu timbul lagi masalah, dan kita harungi lagi, demikian seterusnya. Maka dia berfikir pasti selamat mengharunginya. Dia pun mengingkari saranan doktor. Mulanya Chika mendapatkan “keajaiban” bertubi-tubi. Dia mendapatkan penaja dan berpindah ke California untuk berlatih demi kejuaraan. Di sana dia mendapatkan pelatih yang hebat. Saat itu dia merasa begitu kuat, sihat dan dimudahkan. Sayangnya, dia masih belum mendapatkan jawapan atas kekosongan jiwa itu. “Ini pasti bukan jalan yang benar,” ujarnya.

Lalu Chika mencari jawapannya dengan membaca buku biografi orang-orang yang berjaya dalam pelbagai bidang; ekonomi, politik, bisnes dan agama. Dia tetap tidak mendapat jawapan. Sampai suatu ketika, Chika berjumpa dengan seorang mantan peninju kelas dunia, seorang muslim. Dia berdiskusi dengannya. Mantan peninju muslim ini sangat sederhana, rendah hati, ramah, dan baik sekali. Inilah yang telah Chika tinggalkan dan hilang dari masyarakat London dan di Jepun. “Tidak perlu ilmu akademik yang banyak dan keterampilan yang tinggi untuk memperoleh ketenangan. Saya juga mampu mendapatkannya sambil fokus pada tinju,” fikirnya. Lantas, tiba-tiba takdirnya berubah. Kerjayanya terhenti tanpa penaja, setelah mencuba nasib di New York selama 4 bulan. Kekasihnya pergi dan dia tak punya siapa-siapa lagi. Dia putus asa dan menghentikan semuanya.

Qodarullah, Allah pertemukan Chika dengan seorang rakan wanita yang berasal dari Perancis, dia seorang kristian. Dia berpesan bahawa ada satu potong puzzle yang hilang pada dirinya. Itulah sang pencipta. Dia bertanya apakah Chika tahu tentang pencipta. “Tentu aku tak tahu apa-apa tentang pencipta,” jawabnya. Maka Chika ikuti saran temannya untuk mempelajari agama-agama. Dia mendatangi tempat ibadah Hindu, gereja, Budha, dan masjid. Di masjid, Chika mengenang detik-detik saat menjemput hidayah-Nya, “Saya bersujud, menangis. Hati dan jiwa ini berbisik; perlu banyak waktu untuk saya menempuh perjalan hidayah ini. Saya kembali kepada Allah. Segera saya ingin menjadi muslim.

Pada hari Jumaat, beberapa tahun yang lalu, saya tinggalkan tinju, cinta dan rancangan ingin menikah cepat. Saya mengucap syahadah.” “Tentu saya sedih. Memang sukar meninggalkan keinginan kita. Tetapi, kini saya mempunyai misi baru, yakni membela Islam, berdakwah di negara saya dan dunia. Inilah jalan yang benar,” pengakuan Chika. Alhamdulillah, kini Chika merasakan kedamaian jiwa setelah memeluk Islam dan mengaku telah bahagia menjadi seorang muslimah.
 

Beliau sedar bahawa akan ada cabaran dan halangan yang lebih dalam berdakwah, lebih letih daripada bertinju. Namun hal tersebut tidak menyurutkan tekad Chika untuk mendedikasikan seluruh hidupnya untuk Islam. Saat ini dia serahkan seluruh potensinya untuk Islam, dengan misi hidup yang baru, yakni jihad fiisabilillah. 

(adibahasan/arrahmah.com) 

Friday, 13 June 2014

12 Kaum Yang Dibinasakan Oleh Allah SWT



1. Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh. (Surah Al-Ankabut: 14)

2. Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa. (Surah Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13)

3. Kaum Nabi Salleh
Nabi Salleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Salleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka. (Surah ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12)


 4. Kaum Nabi Luth
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyonsang, iaitu berminat dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Banyak kali diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri. (Surah Alsyu’araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Al Furqan: 38, Qaf: 12)

5. Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perniagaan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Banyak kali mereka berlindung di tempat yang teduh, perkara itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (Surah Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44) Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pohonnya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (Surah AlHijr: 78, Alsyu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14)

6. Firaun Kaum
Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun mengaku sebagai tuhan. Dia akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir. (Al Baqarah: 50 dan Yunus: 92)

7. Ashab Al-Sabt
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina. (Surah Al-A’raaf: 163)

8. Ashab Al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Salleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam perigi sehingga mereka dibinasakan Allah. (Surah Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12)

9. Ashab Al-Ukhdudd
Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dilemparkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang sedang menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT. (Surah Alburuuj: 4-9)

10. Ashab Al-Qaryah
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras. (Surah Yaasiin: 13)

11. Kaum Tubba’
Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat engkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air. (Surah Addukhan: 37)

12. Kaum Saba
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Surah Saba: 15-19)


 * Sumber dari selasihhijau.blogspot.com

Monday, 26 May 2014

School Heritage Gallery Has Officially Launched

I am grateful to Allah that today,  our School Heritage Gallery was officially launched by the Malacca State Education Director, Tuan Hj. Md. Rashid bin Hj. Hussin.  

BRASS Cyberkids Club has managed to put his success in the gallery.  More milestones to be achieved by the BRASS Cyberkids Club through the programs and activities to empower and integrate ICT in the classrooms at SMK Bukit Rambai.


 
Therefore, all successes achieved by the club members Cyberkids will fill in this gallery.

Piala Thomas: Anak Malaysia disebalik kejayaan Jepun


KUALA LUMPUR: Disebalik kejayaan pasukan Jepun merangkul kejuaraan Piala Thomas semalam, ramai yang tidak mengetahui tentang salah seorang jurulatih pasukan negara matahari terbit itu adalah anak Malaysia.

Nama Izuan Ibrahim, tidak sepopular nama besar lain dalam arena sukan badminton, namun sentuhan beliau antara penyumbang kepada kejayaan Jepun semalam.


Anak kelahiran Kelantan ini adalah jurulatih kepada pemain persorangan Jepun, Kento Momota yang menewaskan pemain negara Chong Wei Feng dengan straight set 21-15, 21-17.

Bekas guru ini sekarang berkhidmat sebagai jurulatih junior pasukan kebangsaan Jepun di bawah Nihong Badminton Association dan jurulatih di R.S. Hamanaka.

Kejayaan Jepun buat kali pertama semalam sekaligus menaikkan nama Izuan yang lebih mesra dengan panggilan Abe Awe di kalangan rakan-rakan beliau di Kelantan.

Laman Facebook beliau turut dihujani ucapan tahniah daripada kawan-kawan yang mengenali anak Melayu ini.

Dalam perlawanan semalam, Jepun mencipta sejarah dengan merangkul gelaran Piala Thomas pertama mereka apabila menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik.



Monday, 28 October 2013

Microsoft Surface Windows RT Tablet



Windows RT is an edition of Windows 8 operating system designed for mobile devices that use 32-bit ARM architecture (ARMv7).[2]

Microsoft intended for devices with Windows RT to take advantage of the architecture's power efficiency to allow for longer battery life, to use system-on-chip (SoC) designs to allow for thinner devices, and to provide a "reliable" experience over time.

In comparison to other mobile operating systems, Windows RT also supports a relatively large number of existing USB peripherals and accessories, and includes a version of Microsoft Office 2013 optimized for ARM devices as pre-loaded software.

However, while Windows RT inherits the appearance and functionality of Windows 8, it contains a number of limitations, which includes only being compatible with software obtained from Windows Store, and lacking certain enterprise-oriented features.

First unveiled as a prototype in January 2011 at Consumer Electronics Show, the operating system was officially launched alongside Windows 8 on October 26, 2012, with the release of three Windows RT-based tablets, including Microsoft's own Surface RT tablet.

Unlike most other versions of Windows, Windows RT is only available as pre-loaded software on devices specifically designed for the operating system by OEMs. The operating system has only been made available on a total of seven devices, all tablets, with two manufactured by Microsoft itself.