Friday, 27 June 2014

Peninju Wanita Jepun Chika Nakamura Memeluk Islam


Hidayah adalah anugerah yang datang tanpa disangka-sangka. Hal ini dirasakan oleh Chika Nakamura, seorang peninju wanita yang berasal dari negeri sakura. Chika lahir dan dibesarkan di Jepun. Masa kecilnya sangat membahagiakan dan diasuh oleh orang tuanya yang sangat disiplin.
 

Beliau belajar di sekolah yang baik, mengikuti kegiatan ekskul, bermain dengan teman-teman; bermain bola dan plastisin (playdough). Ia adalah tipikal anak Jepun yang sangat dimanjakan secara material. “Namun ada sesuatu yang hilang ketika itu, yakni komunikasi antara anak dengan orang tua dalam keluarga,” ungkapnya. Padahal, dia telah mengharungi masa kecil yang gembira kerana dipenuhi segala keperluannya.

Pun ketika melewati usia remaja, Chika bersekolah di sekolah yang terkenal Tetapi dia tetap merasa ada yang hilang, iaitu keinginannya. “Saya tidak tahu apa yang hilang ketika itu,” hatinya bertanya-tanya. Ketika berusia 16 tahun, Chika meninggalkan rumah, pergi merantau ke kota London. Dia mencuba hidup sendiri, mencari nafkah; untuk makan, membayar bil-bil dan yuran sekolah bahasa Inggeris. Perasaannya begitu tertekan. Semuanya baru; orang baru, lingkungan baru, bahasa baru. Dia berasa begitu bersemangat. Namun demikian, dia mengakui “hidup di London terlalu sukar dan mahal, maka saya putuskan untuk kembali ke Jepun dua tahun kemudian.” Ketika berjumpa dengan Chika, orang tuanya terkejut.



Caranya berpakaian telah berubah. Dia sangat kebarat-baratan. Pakaiannya ketat dan memakai rok mini. Kerana merasa tidak selesa tinggal di pinggiran kota, dia seterusnya berpindah lagi ke Tokyo selama dua tahun. Tokyo adalah kota besar yang sangat materialistik. Segalanya serba canggih. Di sana, Chika berjumpa dengan seorang teman wanita yang mengajarnya memandu motor.
 

Ketika itulah, dia merasa menjadi wanita bebas. Di atas motor, dia melihat sebuah billboard. Di bawah lampu merah itu ada gambar wanita peninju. Sejak itu dia berfikir, “Aha, inilah keinginanku!” Chika bertekad menjadi peninju. Saat itu tahun 1999. Dia berhijrah ke Amerika demi mengejar impian sebagai seorang peninju profesional. Pada tahun 2001 dan 2002, dia menjadi satu-satunya wanita peninju yang berasal dari Jepun memenangi pelbagai kejuaraan tinju bertaraf dunia. Sayangnya, ternyata Chika tetap mengeluh, “Saya telah banyak berkorban; meninggalkan orang tua, keluarga, kampung halaman, teman, dan banyak lagi. Sementara, hidup di Amerika juga sukar kerana saya serba kekurangan.

Saya merasakan penderitaan fizikal dan mental.” Hidayah di balik musibah. Suatu hari Chika telah tercedera. Menurut doktor, kecederaannya sangat serius. Doktor menasihatkannya agar beralih kepada profesion lain. Sebagai atlet, kecederaan adalah hal yang menakutkan. Ia terancam kehilangan mimpinya sebagai peninju wanita profesional. Chika merasakan ketakutan dan tersedar bahawa usianya semakin pendek. Tetapi dia berkeras untuk bertahan dan harus kembali. Lalu dia mengikuti proses pemulihan dan kembali ke ring. Secara emosional Chika merasa gelisah. “Saya bertanya-tanya apakah tujuan hidup ini. Saat itu kali pertama hidup saya merasa terhenti sejenak.

Saya tidak dapat berlari, tidak boleh berjalan, tiada keluarga, dan tidak mempunyai tujuan hidup.” Dia mengenang kembali apa yang telah dialami. Mengapa harus meninggalkan Jepun? Mengapa mahu menjadi peninju wanita profesional? Chika bangkit kembali dan mengaku dibisik hawa nafsu bahawa, “Inilah tujuan hidupku. Keinginanku adalah tinju.

Segalanya telah ku korbankan demi bertinju. Aku mampu bertahan demi karier sebagai peninju wanita. Aku harus membantu orang lain dengan berkongsi pengalaman tentang perjalanan hidupku menuju profesion sebagai peninju.” Seolah-olah, Chika menemui sebuah pola hidup manusia, bahawa hidup ini pasti mendapati masalah, lalu berjaya mengharunginya, lalu timbul lagi masalah, dan kita harungi lagi, demikian seterusnya. Maka dia berfikir pasti selamat mengharunginya. Dia pun mengingkari saranan doktor. Mulanya Chika mendapatkan “keajaiban” bertubi-tubi. Dia mendapatkan penaja dan berpindah ke California untuk berlatih demi kejuaraan. Di sana dia mendapatkan pelatih yang hebat. Saat itu dia merasa begitu kuat, sihat dan dimudahkan. Sayangnya, dia masih belum mendapatkan jawapan atas kekosongan jiwa itu. “Ini pasti bukan jalan yang benar,” ujarnya.

Lalu Chika mencari jawapannya dengan membaca buku biografi orang-orang yang berjaya dalam pelbagai bidang; ekonomi, politik, bisnes dan agama. Dia tetap tidak mendapat jawapan. Sampai suatu ketika, Chika berjumpa dengan seorang mantan peninju kelas dunia, seorang muslim. Dia berdiskusi dengannya. Mantan peninju muslim ini sangat sederhana, rendah hati, ramah, dan baik sekali. Inilah yang telah Chika tinggalkan dan hilang dari masyarakat London dan di Jepun. “Tidak perlu ilmu akademik yang banyak dan keterampilan yang tinggi untuk memperoleh ketenangan. Saya juga mampu mendapatkannya sambil fokus pada tinju,” fikirnya. Lantas, tiba-tiba takdirnya berubah. Kerjayanya terhenti tanpa penaja, setelah mencuba nasib di New York selama 4 bulan. Kekasihnya pergi dan dia tak punya siapa-siapa lagi. Dia putus asa dan menghentikan semuanya.

Qodarullah, Allah pertemukan Chika dengan seorang rakan wanita yang berasal dari Perancis, dia seorang kristian. Dia berpesan bahawa ada satu potong puzzle yang hilang pada dirinya. Itulah sang pencipta. Dia bertanya apakah Chika tahu tentang pencipta. “Tentu aku tak tahu apa-apa tentang pencipta,” jawabnya. Maka Chika ikuti saran temannya untuk mempelajari agama-agama. Dia mendatangi tempat ibadah Hindu, gereja, Budha, dan masjid. Di masjid, Chika mengenang detik-detik saat menjemput hidayah-Nya, “Saya bersujud, menangis. Hati dan jiwa ini berbisik; perlu banyak waktu untuk saya menempuh perjalan hidayah ini. Saya kembali kepada Allah. Segera saya ingin menjadi muslim.

Pada hari Jumaat, beberapa tahun yang lalu, saya tinggalkan tinju, cinta dan rancangan ingin menikah cepat. Saya mengucap syahadah.” “Tentu saya sedih. Memang sukar meninggalkan keinginan kita. Tetapi, kini saya mempunyai misi baru, yakni membela Islam, berdakwah di negara saya dan dunia. Inilah jalan yang benar,” pengakuan Chika. Alhamdulillah, kini Chika merasakan kedamaian jiwa setelah memeluk Islam dan mengaku telah bahagia menjadi seorang muslimah.
 

Beliau sedar bahawa akan ada cabaran dan halangan yang lebih dalam berdakwah, lebih letih daripada bertinju. Namun hal tersebut tidak menyurutkan tekad Chika untuk mendedikasikan seluruh hidupnya untuk Islam. Saat ini dia serahkan seluruh potensinya untuk Islam, dengan misi hidup yang baru, yakni jihad fiisabilillah. 

(adibahasan/arrahmah.com) 

0 comments:

Post a Comment